48,811 Dapat Biasiswa PTPTN RM1.47 Bilion

by Edisi Viral


HOME Posted on 13 Feb 2018 15:04:54


JELI, 13 Feb – Seramai 48,811 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) mendapat biasiswa-berjumlah-RM1.47 bilion daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) setelah-memperoleh ijazah kelas pertama dalam pengajian-masing-masing.

-

Pengurus Besar Kanan PTPTN,-Abdul Ghaffar Yusop berkata jumlah berkenaan membabitkan penuntut yang membuat pinjaman PTPTN- sejak 1997 hingga 31 Dis-lepas.

-

“PTPTN menukar pinjaman RM1.47 bilion kepada biasiswa bagi menghargai kesungguhan-penuntut sehingga mampu memperoleh ijazah kelas pertama dalam pengajian masing-masing,” katanya-kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cabutan Wow! 20 Tahun PTPTN Bulan November 2017 di Sekolah Kebangsaan Batu Melintang di sini, hari ini.

-

Majlis berkenaan disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Datuk Abdul Aziz Derashid.

-

Abdul Ghaffar berkata di Kelantan sahaja, terdapat 2,445 pelajar berjaya mendapat biasiswa PTPTN yang membabitkan pinjaman RM60.52 juta.

-

Abdul Ghaffar berkata tahun ini, kerajaan-persekutuan melalui PTPTN melipatgandakan- pemberian geran sepadan secara percuma dengan dana RM250 juta kepada 500,000 ibu bapa terawal membuat simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) untuk anak-anak berumur-tujuh-hingga 12 tahun.

-

“Ibu bapa yang membuat simpanan bersih sekurang-sekurangnya RM500 pada tahun ini,-akan diberikan deposit percuma berjumlah RM500,” katanya.

-

Beliau berkata kerajaan memberi-keutamaan-terhadap-rakyat untuk mendapat peluang pendidikan tinggi dan usaha-itu-juga untuk memberi-kesedaran-?????kepada masyarakat kepentingan-menabung-di peringkat awal.

-

Pada majlis tersebut, murid tahun satu-Sekolah Kebangsaan Batu Melintang, Nik Muhamad Syahrulhamizan Nik Rokman memenangi-hadiah RM10,000 dalam Cabutan WOW! 20 Tahun PTPTN.

-

Bapanya, Nik Rokman Nik Li, 36, tidak menyangka keputusannya untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) atas nama anaknya sejak enam tahun lalu membawa tuah.

-

“Saya agak terkejut apabila menerima panggilan daripada PTPTN baru-baru ini,-memaklumkan mengenai kemenangan dalam cabutan bertuah ini,” katanya.



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News